23 Oktober 2025 | Opero Hotel Southkey, Johor Bahru
Perancangan masa depan bandar Johor Bahru dan Iskandar Puteri terus digerakkan melalui sesi publisiti dan libat urus awam hari ini dengan ke arah bandar raya lebih mampan, berdaya huni dan berdaya saing menjelang 2035!
Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor serta turut diserikan dengan YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, Dato’ Haji A. Aziz bin Ahmad, Ketua Whip MBJB dan Puan Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB bersama barisan Ahli Majlis MBJB.
Komitmen bersama ini menandakan langkah proaktif MBJB dalam memastikan suara rakyat terus diterjemah dalam setiap pelan pembangunan menuju Johor Bahru 2035 dengan Bandaraya Maju, Sejahtera & Berdaya Tahan!
Image
Image