27 Mac 2025 | Dewan Jubli Intan, Johor Bahru
Bersempena kedatangan Syawal yang penuh keberkatan, Persatuan Perkhidmatan Bandaraya Johor Bahru MBJB (PPBJB) dengan sukacitanya menganjurkan Program Penyerahan Sumbangan Ayam & Daging kepada warga MBJB sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan menjelang Aidilfitri.
Program ini diadakan bagi membantu meringankan beban serta memberikan keceriaan kepada warga MBJB agar dapat menyambut lebaran dengan lebih bermakna.
Semoga inisiatif ini membawa manfaat kepada semua penerima dan mengeratkan lagi semangat kebersamaan dalam komuniti kita. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan menjayakan program ini.