Langkau ke kandungan utama

Program Penempatan Silang (PCF) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor Majlis Bandaraya Johor Bahru

01 Januari 2025 | Menara MBJB
 
Program Penempatan Silang (PCF) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor secara rasmi telah dimulakan hari ini apabila para pegawai terlibat melaporkan diri di Majlis Bandaraya Johor Bahru. Inisiatif strategik ini dilaksanakan sebagai usaha memperkasa pembangunan kerjaya, memperkukuh jaringan kerjasama antara PBT serta memperluas kefahaman terhadap peranan, fungsi dan struktur organisasi MBJB secara holistik.
 
YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru menzahirkan harapan agar setiap pegawai dan kakitangan yang terlibat menghayati semangat kebersamaan, mengukuhkan kerja berpasukan serta bergerak selangkah seirama demi kecemerlangan perkhidmatan awam.
 
Selaras dengan agenda Kerajaan Negeri Johor, MBJB melangkah proaktif memperkasa tadbir urus tempatan melalui sinergi kepakaran, perkongsian ilmu dan amalan terbaik bagi melonjakkan mutu perkhidmatan yang cekap, berkesan serta berpaksikan keperluan rakyat.
 
Bersama kita membina Johor Bahru yang progresif, mampan dan berdaya saing.
Image
Peningkatan Kerjaya Melalui Program Silang (PCF)
Image
Peningkatan Kerjaya Melalui Program Silang PBT