05 November 2026 | Menara MBJB
Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan SWM Environment Sdn. Bhd. telah menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Program Pendidikan Kelestarian LA21 MBJB bagi menghargai komitmen warga sekolah dalam membudayakan amalan kelestarian.
Bagi sesi 2025, sebanyak 101 buah sekolah rendah dan menengah di kawasan pentadbiran MBJB telah menyertai program ini melalui pelbagai inisiatif merangkumi kitar semula, penghijauan, penjimatan air dan elektrik serta pengurusan sisa.
Hasil usaha bersama ini amat membanggakan apabila sebanyak 395,297.35 kilogram bahan kitar semula dan 25,183.19 kilogram minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan, sekali gus menyumbang kepada pengurangan jejak karbon dan pemeliharaan alam sekitar.
Majlis telah disempurnakan oleh Puan Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB wakil rasmi Datuk Bandar Johor Bahru dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Dom bin Dui, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Johor; Tuan Haji Mohd Norlisam bin Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn. Bhd dan Datuk Yahya bin Jaafar, Pengerusi Penggerak Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Malaysia.
Syabas dan tahniah kepada semua sekolah yang telah menunjukkan komitmen serta pencapaian cemerlang. Semoga usaha ini terus menyemai kesedaran dan membentuk generasi yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar demi merealisasikan Johor Bahru sebagai bandar raya yang mampan, sejahtera dan lestari.
Image
Image