Jumaat, 07 Mac 2025 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
Alhamdulillah, program ini dianjurkan oleh PPJB dan PUSPANITA telah berlangsung dengan jayanya, dihadiri oleh lebih 1,000 anggota. Program diserikan dengan pemberian bingkisan oleh YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBJB dan turut serta isterinya YDH Datin Hajah Norita binti Zaini, Pengerusi PUSPANITA MBJB.
Selain itu, program ini turut diserikan dengan Taklimat TEKAD bertajuk "Dadah & Substan Serta Ancaman Hari Ini", yang disampaikan oleh En Muhamad Zulhilmi Bin Ahmad dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Taklimat ini memberi kesedaran tentang ancaman dadah dalam kehidupan serta kepentingan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan bebas dadah.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Haji A. Aziz Bin Ahmad, Ketua WHIP MBJB, Puan Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timb. Setiausaha MBJB, barisan Ahli-Ahli Majlis serta warga kerja MBJB.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha ini membawa manfaat dan keberkatan kepada kita semua.