Langkau ke kandungan utama

Program Lawatan Jawatankuasa Alam Sekitar dan Sumber Jaya Majlis Bandaraya Johor Bahru Ke Loji Rawatan Air Sultan Iskandar Sungai Layang, Johor Bahru

07 Oktober 2025 | Loji Rawatan Air Sultan Iskandar, Sungai Layang Johor Bahru
 
Program lawatan ini telah disempurnakan dengan kehadiran wakil rasmi Datuk Bandar Johor Bahru iaitu YBhg. Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Ahli Majlis MBJB Zon Kempas, YBrs. En. Fauzi bin Zainal, Ahli Majlis MBJB Zon Tiram merangkap Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Sumber Jaya Air LA21 MBJB serta bersama barisan Ahli-ahli Majlis dan warga kerja MBJB. Lawatan ini telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Anuar bin Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ bersama barisan tertinggi Ranhill SAJ serta warga kerja Ranhill SAJ.
 
Lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam aspek pengurusan bekalan air yang berkualiti, berdaya tahan dan mampan. Inisiatif ini amat penting dalam memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan dengan efisien kepada penduduk di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru.
 
Selain memberi pendedahan mengenai kitaran proses rawatan air dan cabaran pengurusan sumber air negeri, program ini turut membuka ruang pemahaman terhadap peranan teknikal dan operasi loji rawatan air serta memperkukuh hubungan strategik antara pihak Ranhill SAJ dan MBJB ke arah pengurusan sumber air yang lestari dan berimpak tinggi.
Image
Lawatan Loji Rawatan Air
Image
Lawatan Loji Rawatan Air
Image
Lawatan Loji Rawatan Air
Image
Lawatan Loji Rawatan Air