Program Komuniti JB Ceria Raya dan Perasmian Kiosk Bacaan Komuniti Pintar

Sabtu, 20 Mei 2023 | Program Komuniti JB Ceria Raya dan Perasmian Kiosk Bacaan Komuniti Pintar di Perumahan Pangsapuri Zon 1 - 1, Permas Jaya, hari ini.

Kios Bacaan Komuniti, perpustakaan terbuka atau ‘little free library’ adalah merupakan satu konsep baharu dalam perpustakaan di mana satu sudut bacaan diwujudkan di kawasan-kawasan seperti taman, perhentian bas, ruang-ruang awam dan sekitar kawasan perumahan untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat.

Konsep penggunaan Kios Bacaan Pintar Komuniti ini adalah sama ada untuk meminjam, menukar dengan bahan bacaan lain atau menyumbang yang baharu.

Ini merupakan kios bacaan pintar kedua yang dibangunkan di dalam kawasan MBJB susulan pemeteraian MOU bersama Rotary Club of Johor Bahru Sentral dan Happy Riders Connect untuk meningkatkan lagi aksesabiliti komuniti kepada buku, bahan ilmiah dan ilmu secara amnya.

Penggalakkan budaya membaca dan pemikirian kreatif di kalangan masyarakat ini adalah amat penting dalam membentuk sebuah bandar raya yang seimbang dari segi pembangunan fizikal serta sahsiah dan jati diri dalam kalangan warganya.

#JBMampan
#JBThinkGreen

 

JB Ceria

jb ceria