13 Julai 2025 | Menara MBJB
Program Kesedaran Integriti Bersama Komuniti "Community Integrity Building" (CIB) yang juga dinamakan sebagai “Program CIB Bersama Datuk Bandar.” CIB ini telah bermula sejak 30 April 2025 dan aduan-aduan yang diterima daripada komuniti setempat melalui sistem CIB ini juga berjaya diselesaikan oleh pihak PBT dengan jayanya.
Program ini dihadiri oleh YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru selaku tetamu kehormat untuk program ini. Turut hadir Encik Harisham bin Ibrahim, Ketua Pegawai Sektor Operasi, Institut Integriti Malaysia (IIM), barisan pegawai polis, iaitu ASP. Norhani, Sub Inspektor Daroh Anak Sator, Sub Inspektor Helmy bin Halim dan juga Sarjan Mohd Hafiz bin Kasah.
Selain itu, program juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran daripada wakil-wakil Ahli Pasukan Pemantau dari zon Desa Cemerlang, Dato’ Onn & Kangkar Tebrau, dan Bandar Baru Uda, wakil-wakil JPKK serta Ketua Kampung dari kawasan Maju Jaya, Kempas Permatang, Kempas, Kangkar Tebrau dan Ulu Tiram.
Tujuan program diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan membudayakan nilai integriti setempat, di samping mengukuhkan kolaborasi antara komuniti, agensi pelaksana dan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Program ini juga merupakan sebahagian daripada fasa pelaksanaan penuh Program CIB yang digerakkan di bawah pentadbiran MBJB yang melibatkan tiga zon terpilih iaitu Zon Desa Cemerlang, Zon Bandar Baru Uda dan Zon Dato' Onn. Diharapkan semoga jaringan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan dan diperluas pada masa yang akan datang demi manfaat kepada semua lapisan komuniti tempatan.
Image

Image

Image
