Program Infaq Jumaat 16 Januari 2026 anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan kerjasama Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) hari ini diteruskan lagi di empat lokasi terpilih, iaitu;
1. Surau Ar Raudah Kg Oren
2. Surau Ar Rahman
3. Masjid Al Hana Wadi Hana
4. Masjid Jamek Ungku Tun Aminah Kg Pasir
Pelaksanaan Program Infaq Jumaat di masjid-masjid sekitar pentadbiran MBJB dilaksanakan sebagai usaha memperluas budaya sedekah, mengurangkan beban kos sara hidup dan menyantuni masyarakat setempat, ia selaras dengan aspirasi Johor Bahru sebagai bandar raya penyayang, sejahtera dan inklusif.
Image
Image
Image
Image