Langkau ke kandungan utama

Program Gotong Rotong Ibadah Korban & Aqiqah Majlis Bandaraya Johor Bahru Tahun 2025M/1446H

10 Jun 2025 | Stor Pusat, Jabatan Khidmat Pengurusan MBJB, Taman Mount Austin
 
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah melaksanakan Program Gotong Royong Ibadah Korban & Aqiqah bagi tahun 2025M/1446H yang melibatkan penyembelihan sebanyak 12 ekor lembu korban dan 16 ekor kambing bagi tujuan korban dan aqiqah.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, bersama YBhg. Dato’ Haji A. Aziz bin Ahmad, Ketua WHIP MBJB, Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Setiausaha MBJB, Puan Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, barisan Ahli-Ahli Majlis MBJB serta penglibatan 180 orang warga kerja MBJB yang turut menjayakan acara ini.
Alhamdulillah, hasil daripada pelaksanaan ibadah ini, sebanyak 500kg daging lembu dan 80kg daging kambing telah diagihkan kepada golongan asnaf menerusi kerjasama dengan beberapa pihak antaranya:
 
1. Yayasan Bandaraya Johor Bahru
2. Persatuan Saudara Baru Daerah Johor Bahru
3. Asnaf Masjid Al-Makmur, Taman Kobena
4. Asnaf Masjid Kampung Kangkar Tebrau
5. Asnaf Surau Assolawatil Hikmah, PPR Taman Desa Mutiara
6. Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh
 
Semoga program ini menjadi wadah penyatuan, memperkukuh semangat prihatin, dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.