Langkau ke kandungan utama

Program Cabutan Bertuah Cukai Harta MBJB Tahun 2024

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah memperuntukkan sejumlah RM100,000.00 bagi pelaksanaan Program Cabutan Bertuah Cukai Harta MBJB bagi tahun 2024 sebagai usaha berterusan untuk menggalakkan pembayaran cukai harta dalam kalangan warga bandar raya serta mengurangkan jumlah tunggakan cukai.
 
Antara hadiah utama yang ditawarkan dalam program ini termasuk:
  •   Sebuah motosikal elektrik bernilai RM13,000.00 
  •   Basikal bernilai RM3,000.00 
  •   Serta pelbagai hadiah menarik lain bagi menghargai komitmen para pembayar cukai.
     
Objektif utama penganjuran program ini saban tahun adalah untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada pembayar cukai yang bertanggungjawab, konsisten serta proaktif dalam melunaskan cukai harta mereka setiap tahun.
Cabutan bertuah yang telah dilaksanakan pada bulan Disember lalu telah menyaksikan seramai 126 orang pemenang berjaya dipilih.
 
MBJB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembayar cukai atas kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan agenda pembangunan dan kesejahteraan bandar raya Johor Bahru.
Image
Cabutan Bertuah
Image
Cabutan Bertuah