PROGRAM BUBUR LAMBUK MEGA MBJB DAN YAYASAN JDT (REWANG RAMADAN)

PROGRAM BUBUR LAMBUK MEGA MBJB DAN YAYASAN JDT (REWANG RAMADAN)

Warga bandar raya Johor Bahru dijemput hadir untuk mendapatkan bubur lambuk secara percuma pada 12 April 2022 (Selasa) di beberapa lokasi di sekitar bandar raya. Lokasi tersebut adalah di:

  • Tunku Mahkota Ismail Youth Centre
  • Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin
  • Dataran Bandaraya Johor Bahru
  • Majlis Bandaraya Johor Bahru - Bangunan lama

Proses agihan akan diadakan secara pandu lalu (Drive thru ) bermula jam 3.00 petang ini.

Sebanyak 35 periuk bubur lambuk akan dimasak dan dijangkakan sebanyak 10,000 mangkuk bubur lambuk akan diagihkan. Bubur tersebut juga akan diagihkan kepada masjid-masjid, rumah-rumah perlindungan, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail dan Rumah Pangsa Taman Desa Mutiara.

Program kerjasama antara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Yayasan JDT ini adalah bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bersama orang ramai dan memeriahkan lagi sambutan Ramadan.

img