PROGRAM BUBUR LAMBUK MEGA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU & YAYASAN JDT (REWANG RAMADAN)

PROGRAM BUBUR LAMBUK MEGA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU & YAYASAN JDT (REWANG RAMADAN)

JOHOR BAHRU, 12 April 2022 - Sebanyak lebih 10,000 bungkusan bubur lambuk telah diedarkan secara pandu lalu (drive through) dan melalui penghantar makanan (rider) di beberapa lokasi sekitar bandar raya Johor Bahru sempena Program Bubur Lambuk Mega (Rewang Ramadan) anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru bersama Yayasan JDT hari ini.

Bubur lambuk ini telah diedarkan secara pandu lalu di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Pejabat MBJB Jalan Dato’ Onn, Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Larkin dan di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre Johor Bahru. Selain itu, bubur lambuk ini juga telah diserahkan kepada masjid-masjid dan rumah-rumah perlindungan sekitar Johor Bahru, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail dan di Rumah Pangsa Taman Desa Mutiara.

Hadir sama mengedar bubur lambuk kepada warga bandar raya adalah YB Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan JDT, YB Dato' Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia & Sukarelawan), Encik Raja Haji Fouzeel Akmal bin Raja Haji Zainal, Pengerus Besar Yayasan JDT, bersama para pemain JDT, Southern Volunteers serta pegawai-pegawai MBJB dan Yayasan JDT. Sebelum itu, seramai 150 warga kerja MBJB dan 200 kakitangan Yayasan JDT telah mengadakan gotong royong bagi menyediakan sebanyak 35 periuk besar bubur lambuk bermula jam 8.00 pagi di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre.

Program Bubur Lambuk Mega MBJB & Yayasan JDT (Rewang Ramadan) ini adalah merupakan salah satu usaha bagi MBJB bersama-sama Yayasan JDT memeriahkan suasana bulan Ramadan pada tahun ini dan dalam masa yang sama menyantuni warga bandar raya Johor Bahru. Dalam pada itu, MBJB juga turut mengadakan acara-acara lain sempena bulan Ramadan pada tahun ini seperti Majlis Iftar Bersama Datuk Bandar di Masjid Stulang Laut dan Masjid Taman Desa Jaya serta Program Qiamullail Bersama Datuk Bandar di Masjid Jamek Bandar Baru Uda dan Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee.

img

img