Sekitar Program Bicara Buku @ MBJB yang telah diadakan hari Rabu, 5 Mac 2025 di Panggung Cempaka, Menara MBJB.
Pada bicara kali ini, 2 orang pegawai MBJB, iaitu Encik Abdul Hafiedz bin Abdul Ghazali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pegawai Khas Datuk Bandar), MBJB telah membicarakan buku, bertajuk 'The Arab Uprisings' digandingkan bersama Encik Muhammad Syafizuddin bin Salim, Penolong Pengarah Landskap (Tapak Semaian), MBJB membicarakan buku berjudul 'Alex Ferguson'.
Moderator siri Bicara Buku kali ini dikendalikan oleh Puan Hidayah binti Yusof Penolong Pengarah Pelesenan (Penjaja), MBJB.
Untuk makluman semua, siri program Bicara Buku @ MBJB anjuran Perpustakaan Sultan Ismail ini akan diteruskan pada bulan-bulan akan datang dengan kupasan judul-judul buku yang lain yang juga akan disampaikan oleh para pegawai MBJB.