PORTAL GeoJB MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU DIIKTIRAF DI ESRI MALAYSIA GEOINNOVATION AWARDS 2021

Portal GeoJB Majlis Bandaraya Johor Bahru telah diiktiraf sebagai salah satu portal berasaskan teknologi geospatial yang terbaik di Malaysia. Majlis penyampaian anugerah telah berlangsung hari ini, 25 Mei 2022, bertempat di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Portal ini merupakan pangkalan data terbuka kepada orang awam dan juga untuk kegunaan warga MBJB. Ia juga merupakan satu platfom data yang menghubungkan pelbagai sistem dalaman MBJB. Penggunaan teknologi geospatial membantu meningkatkan tahap keberkesanan pengurusan bandar raya Johor Bahru yang mana keputusan dibuat berasaskan data dan fakta yang tepat, terkini dan mudah diakses.

Orang awam boleh mendapatkan pelbagai informasi mengenai bandar raya Johor Bahru melalui galeri data terbuka portal GeoJB menerusi pautan: https://geojb.gov.my/gisportal/apps/sites/#/mbjb-geojb

img

img