24 Februari 2025 | Dewan Kenanga, Menara MBJB
Perhimpunan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan kawalan kehormat anggota beserta pegawai penguatkuasa MBJB oleh YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBJB sebelum sesi bacaan ikrar oleh seluruh warga kerja MBJB.
Amanat YB Datuk Bandar hari ini telah menyentuh perkara-perkara penting seperti integriti dalam pelaksanaan tugas, transformasi kerja serta pendigitalan proses bagi memudahkan urusan awam, kesediaan bandar raya bagi Tahun Melawat Johor 2026, serta penambahbaikan tugas perkhidmatan kepada rakyat.
Selain dari amanat Datuk Bandar, perhimpunan diisi dengan bacaan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Perkhidmatan Awam, Ikrar Taat Setia (Aku Janji) dan Ikrar Bebas Rasuah MBJB.
Perhimpunan Awal Tahun MBJB 2025 telah diakhiri dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Azamudin Bin Zainal, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor mengenai topik Pekerja Cemerlang Duniawi & Ukhrawi.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Haji A. Aziz Bin Ahmad, Ketua WHIP MBJB, Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Tuan Setiausaha MBJB, Puan Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad Timb. Setiausaha MBJB, barisan Ahli-Ahli Majlis serta warga kerja MBJB.