Perasmian Majlis Penutupan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MBJB Tahun 2023

Selasa, 20 Jun 2023 | YB Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, telah merasmikan penutupan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MBJB Tahun 2023 yang berlangsung pada 19 - 20 Jun 2023 di Dewan Kenanga, Menara MBJB.

Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MBJB ini diadakan setiap tahun sebagai usaha mewar-warkan dan menerangkan kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada warga kerja, majikan dan orang awam.

Peserta yang hadir dalam program ini telah diberikan penerangan berkaitan keselamatan dan risiko semasa dalam pekerjaan, kesihatan makanan, kesihatan mental, ergonomik, peranan majikan dan pekerja serta lain-lain lagi perkongsian ilmu yang diberikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, serta lain-lain pakar dalam bidang kesihatan dan keselamatan.

Dalam pada itu, YB Datuk Bandar turut telah menyampaikan watikah pelantikan anggota ERT dan First Aider MBJB.

Penutupan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MBJB Tahun 2023
Penutupan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MBJB Tahun 2023