PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA ATLIT BERBASIKAL OKU MBJB KE 24TH DEAFLYMPICS 2022 YANG AKAN BERLANGSUNG BERMULA 1 HINGGA 15 MEI 2022 DI CAXIAS DO SUL, BRAZIL

18 April 2022 : YB Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, hari ini menyerahkan sumbangan kepada atlit berbasikal OKU MBJB yang akan ke 24th Summer Deaflympics 2022 yang akan berlangsung bermula 1 hingga 15 Mei 2022 di Caxias do Sul, Brazil.

Dalam kejohanan tersebut, Atlit MBJB Encik Ramli bin Ismail akan bertanding dalam acara Mountainbike, Individual Time Trial dan Road Race.

Turut hadir sama ialah Encik Mohd Yazid bin Bain, Presiden Persatuan Orang Pekak Johor (SDJO), dan bekas pelumba negara Coach Noor Azian binti Alias.

img

img