Rabu, 3 September 2025 | Panggung Cempaka Menara MBJB
Pada hari ini Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Program Pematuhan : Penilaian Individual Integrity Profile (IIP) terhadap Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pegawai) MBJB.
Seramai 81 orang Pegawai dan 4 orang Anggota yang bertugas di Unit Integriti & Pemodenan Pentadbiran, MBJB telah berjaya menjalani penilaian IIP ini. Penilaian tersebut merupakan satu inisiatif yang sangat penting sebagai bukti penglibatan pucuk pimpinan utama pentadbiran ini dalam usaha memperkukuh budaya integriti di MBJB.
Penilaian IIP ini juga akan dilaksanakan terhadap Kumpulan Pelaksana dan Sokongan MBJB pada masa akan datang, bagi mendapatkam data yang menyeluruh tahap integriti warga kerja MBJB selaras dengan agenda pengukuhan integriti di MBJB.
Image

Image
