Langkau ke kandungan utama

Penilaian Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) 2025

14 Julai 2025 | Menara MBJB
 
Sesi penilaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) bagi tahun 2025 oleh panel penilai dari Institut Integriti Malaysia (IIM) iaitu Pn. Siti Raikhan Aina binti Bogal dan En. Mohd Khairi bin Nasir yang telah dijalankan secara dalam talian.
 
Sesi penilaian ini berjalan dengan lancar dengan melibatkan semakan dokumen serta pembuktian pelaksanaan amalan integriti dan antirasuah yang diterapkan dalam pengurusan dan budaya kerja di MBJB.
 
Pada tahun 2022, MBJB telah meraih Anugerah Gangsa. Seterusnya pada tahun 2023, MBJB berjaya menggenggam Anugerah Emas dan tahun ini, matlamat MBJB adalah jelas iaitu untuk mencapai Anugerah Platinum yang merupakan pengiktirafan tertinggi dalam AIGA.
 
Dalam ucapan penutup oleh YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, beliau menegaskan bahawa pengurusan integriti yang baik merupakan tunjang utama yang mampu membina keyakinan pelabur luar terhadap negeri Johor, khususnya di Johor Bahru.
 
Pengurusan berintegriti, tadbir urus yang baik, dan amalan antirasuah adalah asas kukuh kepada pembangunan sebuah bandar raya yang berdaya saing dan berwibawa.
 
MBJB komited untuk terus menjunjung budaya kerja yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab demi kemajuan bersama.
 
Image
Penilaian AIGA
Image
Penilaian AIGA
Image
Penilaian AIGA
Image
Penilaian AIGA