Langkau ke kandungan utama

Pelancaran Hub Recharge Rider Pertama di Johor

10 Julai 2026 | Kompleks Komuniti Kempas
 
Satu lagi inisiatif progresif telah dilakar apabila Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan kerjasama rakan strategik memperkenalkan Hub Recharge Rider yang merupakan sebuah pusat komuniti khusus bagi menyokong kebajikan dan kesejahteraan pekerja p-hailing di negeri Johor.
 
Penubuhan hub ini bertujuan menyediakan ruang rehat yang selesa, pusat informasi berkaitan kebajikan, keselamatan serta pembangunan ekonomi gig, di samping memperkukuh jaringan komuniti rider. Inisiatif ini juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko kemalangan akibat keletihan, sekali gus meningkatkan tahap kesejahteraan para rider.
Majlis bersejarah ini merupakan yang pertama seumpamanya di Johor dan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sr Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru.
 
Turut hadir memeriahkan majlis YB Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi MyGiG Malaysia, YBhg. Datuk Tengku Azman, Naib Pengerusi MyGiG Malaysia, YBhg. Datuk Wira Sheikh Nafiq Alfirdaous, Pengerusi MyGiG Johor, dan YBhg. Dato’ Haji Abd Rashid Kasman, Ahli Majlis MBJB (Zon Kempas)
 
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MBJB dalam mengiktiraf dan menghargai sumbangan pekerja ekonomi gig, selaras dengan usaha memperkukuh Johor Bahru sebagai bandaraya yang inklusif, prihatin dan berdaya maju.
Image
Pelancaran Hub Recharge Rider
Image
Pelancaran Hub Recharge Rider
Image
Pelancaran Hub Recharge Rider
Image
Pelancaran Hub Recharge Rider