22 Julai 2025 | Menara MBJB
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) atas kejayaan menerima Penarafan 5 Bintang dalam Audit Teknikal Kesihatan Persekitaran 2025 yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
Audit yang diketuai oleh YBhg. Datin Noorfazliza binti Ghapar Shah ini menilai pelbagai aspek utama termasuk:
- Kawalan denggi & kawalan tikus
- Program kebersihan pasar awam
- Pengurusan anjing terbiar & pasar malam
- Keselamatan makanan & kebersihan tandas
- Aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)
Pencapaian cemerlang ini membuktikan komitmen MBJB dalam memastikan tahap kesihatan persekitaran dan kualiti perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan warga bandaraya.
Terima kasih diucapkan kepada pihak KPKT atas kepercayaan dan penilaian yang diberikan. MBJB akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama semua pihak demi menjadikan Johor Bahru sebuah bandaraya sihat, mampan dan sejahtera menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
Image

Image
