Langkau ke kandungan utama

Mesyuarat Penuh MBJB Bil 4/2025

Rabu, 30 April 2025 | Dewan Inai Merah, Menara MBJB
 
Alhamdulillah, Mesyuarat Penuh MBJB Bil. 4/2025 telah berlangsung di Dewan Inai Merah, Menara MBJB dan dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru.
 
Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, telah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Rumah Terbuka Aidilfitri MBJB Tahun 2025 serta memeriahkan majlis bersama warga bandar raya Johor Bahru.
YBhg. Dato’ turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2024–2025 buat kali ketiga berturut-turut.
 
Sempena Tahun Melawat Johor 2026, beliau memaklumkan bahawa MBJB kini giat melaksanakan kerja-kerja pengindahan di kawasan pusat bandar, termasuk naik taraf landskap, pencahayaan dan jalan raya melibatkan 8 lokasi utama, dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM30 juta.
 
Beliau turut menyeru agar masyarakat menghargai usaha MBJB dengan tidak melakukan vandalisme, merosakkan harta benda awam atau membuang sampah merata-rata demi menjaga imej bandar raya, khususnya dalam menyambut kunjungan pelancong.
YBhg. Dato’ juga menyentuh isu premis-premis perniagaan yang membina tanjakan dan longkang konkrit tanpa kebenaran, yang boleh menyebabkan longkang tersumbat dan banjir kilat. Beliau menegaskan bahawa hanya tanjakan mudah alih dibenarkan dengan permohonan sah, dan tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas pelanggaran syarat pelesenan.
 
Di akhir ucapannya, YBhg. Dato’ memaklumkan bahawa sehingga Mac 2025, kutipan tunggakan cukai harta MBJB berjumlah RM31 juta. Beliau menyeru pemilik harta untuk bekerjasama dengan anggota yang dilantik bagi menyelesaikan tunggakan, dan menggalakkan bayaran secara dalam talian bagi kemudahan semua.
Image
Mesyuarat Penuh MBJB
 
Image
Mesyuarat Penuh MBJB