Langkau ke kandungan utama

Menyemarakkan 32 Tahun Bandar Raya Johor Bahru Dengan Al-Quran & Doa

02 Januari 2025 | Menara MBJB
 
Sempena Ulang Tahun Perisytiharan Bandaraya Johor Bahru Ke-32, satu Program Pembudayaan Al-Quran dan Doa Kesyukuran telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan keberkatan melalui bacaan Yasin, tahlil serta doa selamat yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Hambali bin Abd Rahman.
 
Majlis penuh makna ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, sebagai simbol kesyukuran atas perjalanan 32 tahun Bandaraya Johor Bahru yang terus melangkah maju, sejahtera dan diberkati. Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Setiausaha MBJB, Puan Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, barisan Ahli-Ahli Majlis MBJB serta seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Johor Bahru.
 
Semoga limpahan rahmat dan keberkatan terus mengiringi pembangunan Bandaraya Johor Bahru, selari dengan aspirasi menjadikan Johor Bahru sebuah bandaraya berdaya huni, mampan dan diredai Ilahi.
Johor Bahru, Bandaraya Kita.
 
Image
Program Pembudayaan Al-Quran
Image
Program Pembudayaan Al-Quran
Image
Program Pembudayaan Al-Quran
Image
Program Pembudayaan Al-Quran