Langkau ke kandungan utama

MBJB Turut Serta Dalam Pertandingan Hari Landskap Negara 2025

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) turut menyertai Pertandingan Hari Landskap Negara 2025 yang berlangsung di Taman Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang.
Bertemakan "Genius Loci (Spirit of Place)", penyertaan MBJB menampilkan rekabentuk laman bertajuk "Future of Johor Bahru: Jauhar Zamrud", yang menggambarkan semangat tempat dengan menonjolkan identiti, karakter serta nilai budaya unik daerah Johor Bahru.
Konsep yang diketengahkan merangkumi zon hijau dan pembangunan bersepadu, melambangkan masa depan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya yang menyatukan elemen alam, landskap, taman bandar dan ruang awam dalam perancangan dan pembangunan kotanya.
Sempena sambutan ini, semua warga kota dijemput hadir dan memeriahkan Hari Landskap Negara yang padat dengan pelbagai aktiviti menarik, pameran landskap, bengkel hijau, persembahan seni dan banyak lagi!
Jom bersama kita semarakkan semangat kelestarian dan cintai alam sekitar demi Johor Bahru yang lebih hijau, mampan dan berdaya huni.
 
Image
Hari Landskap Negara 2025
Image
Hari Landskap Negara 2025