Langkau ke kandungan utama

MBJB Terima Pengiktirafan MiSHA ASIA EXCELLENCE AWARD OSHPoP 2025

Jumaat, 23 Januari 2026 | MBJB telah menerima pengiktirafan di MiSHA Asia Excellence Award OSHPoP 2o25 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
 
YB Dato’ Haji Mohd Hafiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, telah diumumkan sebagai penerima MiSHA Anugerah Perdana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di dalam majlis tersebut.
 
Anugerah berprestij anjuran Malaysian Industrial Safety and Health Association (MiSHA) ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen berterusan dalam memperkukuh amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) berasaskan prinsip pencegahan, sekaligus menyumbang kepada pembentukan budaya kerja yang selamat dan mampan.
 
Pencapaian ini turut mencerminkan kejayaan MBJB sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan yang konsisten melaksanakan dasar, sistem dan inisiatif OSH secara menyeluruh merangkumi latihan petugas, penilaian risiko, pemantauan keselamatan serta penambahbaikan berterusan dalam persekitaran kerja.
 
MBJB mengucapkan tahniah kepada YB Dato’ Haji Mohd Hafiz bin Haji Ahmad serta seluruh warga kerja MBJB atas pencapaian membanggakan ini dan akan terus komited memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan menjadi keutamaan dalam penyampaian perkhidmatan kepada warga bandar raya.
 
Image
Anugerah
Image
Anugerah
Image
Anugerah
Image
Anugerah