Langkau ke kandungan utama

MBJB Terima Lawatan Delegasi Kerajaan Negeri Pahang

Khamis, 22 Januari 2025 | Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menerima lawatan delegasi Kerajaan Negeri Pahang ke Menara MBJB bagi meninjau pelaksanaan inisiatif Bandar Pintar Johor Bahru.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik berkaitan bandar pintar, operasi Johor Bahru Integrated Operations & Command Centre (JBIOCC), tadbir urus data, serta pendekatan kelestarian bandar yang dilaksanakan oleh MBJB.

Delegasi lawatan telah diketuai oleh Yang Hormat Dato’ Zaliza bin Zulkipli, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan, bersama Yang Dipertua-Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pahang, PLANMalaysia Negeri Pahang, serta ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Pahang.
 
Terlebih dahulu, delegasi telah disambut oleh YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, di pejabat beliau, sebelum sesi lawatan dan taklimat diteruskan.
 
MBJB mengalu-alukan lawatan ini sebagai platform perkongsian ilmu dan pengukuhan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan ke arah pembangunan bandar yang lebih mampan dan berdaya huni.
 
Image
Lawatan Delegasi Kerajaan Negeri Pahang
Image
Lawatan Delegasi Kerajaan Negeri Pahang