JOHOR BAHRU, 11–12 NOVEMBER 2026 – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berbesar hati menerima kunjungan delegasi Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi sesi perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman serta pendekatan pelaksanaan perkhidmatan, khususnya berkaitan pengurusan kesihatan persekitaran, penguatkuasaan dan pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan.
Antara pengisian utama sesi taklimat yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan MBJB adalah berkaitan pelaksanaan pemeriksaan dan penggredan premis makanan, pengauditan serta penarafan kebersihan tandas awam, termasuk kaedah pemantauan dan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan.
Delegasi turut diberikan pendedahan mengenai inisiatif transformasi digital MBJB melalui penggunaan sistem penggredan premis makanan dan tandas awam, sistem i-Klinik, i-Dialisis serta platform Sistem Maklumat Geografi (GIS) GeoJB bagi memperkukuh kecekapan pengurusan data, pemantauan dan penyampaian perkhidmatan.
Penganjuran lawatan ini diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara MBJB dan MPAJ, di samping membuka ruang pertukaran idea serta penambahbaikan berterusan ke arah penyampaian perkhidmatan perbandaran yang lebih cekap, inovatif dan berkesan.
Image
Image
Image
Image