Langkau ke kandungan utama

MBJB Terima Anugerah Kategori Clean Land - Big Cities Pada Majlis 6th Asean Environmentally Sustainaible Cities (ESC) and 5th Certificates Of Recognition (COR) Ceremony

 
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menerima anugerah di peringkat Asean bagi kategori Clean Land - Big Cities pada majlis 6TH Asean Environmentally Sustainable Cities (ESC) and 5TH Certificates of Recognition (COR) yang diadakan pada 3 Sept 2025 di Langkawi, Malaysia
Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Datuk Seri Hj Johari Bin Abdul Ghani, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Malaysia kepada YB Dato Haji Mohd Haffiz Bin Hj Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru.
Majlis ini adalah anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) selaku tuan rumah ASEAN ke 18, mesyuarat menteri-menteri mengenai alam sekitar (AMME) dan mesyuarat berkaitannya dengan kerjasama Deutsche Gesellsahaft for International Zusammenarbelt (G12), Global Green Institut Pertumbuhan (GGGI) dan Dana Pembangunan Modal Pertumbuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNCDF).
Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada bandar-bandar Asean terpilih yang berusaha menjadikan bandar mereka lestari, mampan dan peningkatan kualiti alam sekitar kepada kehidupan manusia.
 
Dengan anugerah ini, ia memberi motivasi kepada MBJB untuk meningkatkan usaha menjadikan bandaraya Johor Bahru sebagai sebuah bandar yang berdaya huni bagi menyediakan kehidupan yang berkualiti kepada masyarakat.