MBJB TEMPAT PERTAMA ANUGERAH INISIATIF NEGARA TAMAN TERINDAH SEMPENA HARI LANDSKAP NEGARA

MBJB TEMPAT PERTAMA ANUGERAH INISIATIF NEGARA TAMAN TERINDAH SEMPENA HARI LANDSKAP NEGARA

01 MAC 2020 : MBJB telah mendapat Tempat Pertama dalam Anugerah Inisiatif Negara Taman Terindah bersempena Majlis Perasmian Hari Landskap Negara 2020 di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur, hari ini.

Anugerah yang telah disampaikan oleh Y. Bhg. Datuk Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan ini diberikan kepada MBJB di atas usaha-usaha memperindahkan landskap bandar raya Johor Bahru selain menjayakan perancangan, pembangunan dan pengurusan landskap yang komprehensif.

Turut menyertai pertandingan ini adalah pihak-pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, NGO dan syarikat pemaju seluruh negara.Tahniah dan syabas diucapkan!

img

img