MBJB LANCAR APLIKASI 'MY BILL' BAGI KEMUDAHAN WARGA BANDAR RAYA MENGAKSES BIL CUKAI HARTA

RABU, 18 Mei 2022 - YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, telah melancarkan aplikasi semakan dan muat turun bil cukai harta MBJB 'My Bill' di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru hari ini.

Aplikasi My Bill MBJB ini berfungsi untuk memudahkan orang awam membuat semakan bil cukai harta, muat turun bil cukai harta serta mengemaskini maklumat pemilik cukai seperti nombor telefon, alamat, emel dan lain-lain lagi.

Melalui My Bill, pengguna boleh mendapatkan bil cukai harta dengan segera tanpa perlu menunggu bil dipos atau hadir ke kaunter MBJB, serta boleh mengakses maklumat bil cukak secara atas talian di mana-mana sahaja.

Pautan My Bill ini boleh diakses melalui pautan berikut: https://apl.mbjb.gov.my/mybill

Dalam pada itu, YAB Menteri Besar Johor turut berkesempatan menyampaikan hadiah Cabutan Bertuah Cukai Harta MBJB 2021 kepada para pemenang. Turut sama hadir ialah YB Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

img