Selasa, 15 Januari 2025 | Dewan Inai Merah, Menara MBJB
Majlis Menandatangani Nota Serah Tugas Datuk Bandar telah disempurnakan sebentar tadi di Dewan Inai Merah oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman bersama-sama Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad yang dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru yang ke-14.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman atas segala jasa dan sumbangan sepanjang perkhidmatan beliau di Majlis Bandaraya Johor Bahru.