Majlis Sanjungan Budi Tautan Kasih Datuk Bandar Johor Bahru Ke-13 dan Sesi Clock Out Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman

Isnin, 13 Januari 2025 | Ahli-Ahli Majlis, ketua-ketua jabatan dan seluruh warga kerja MBJB hari ini menghadiri Majlis Sanjungan Budi Tautan Kasih Datuk Bandar Johor Bahru Ke-13 sebelum menyaksikan Sesi Clock Out Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman yang menamatkan perkhidmatan beliau bersama MBJB pada hari ini.

Sejak awal perkhidmatan bersama MBJB pada 15 Ogos 2021 sehinggalah ke hari ini, banyak pencapaian-pencapaian yang membanggakan telah dikecapi bersama di bawah kepimpinan beliau dalam membantu meningkatkan nama organisasi MBJB ini di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Terlebih dahulu, YB Dato' Mohd Noorazam bersama-sama Ahli-Ahli Majlis, ketua-ketua jabatan dan seluruh warga kerja MBJB telah menunaikan solat zuhur berjemaah sebelum membacakan tahlil ringkas secara bersama.

Seluruh warga MBJB mengucapkan selamat maju jaya serta mendoakan agar YB Dato' terus dikurniakan rahmat, kesihatan, kebahagiaan dan kecemerlangan dalam segenap aspek kehidupan dalam masa-masa akan datang.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman. Jasamu dikenang, budimu disanjung, baktimu dijunjung.

Datuk Bandar

Datuk Bandar

Datuk Bandar

Datuk Bandar