Langkau ke kandungan utama

Majlis Perhimpunan Bulanan MBJB Bersama Datuk Bandar Johor Bahru

17 Julai 2026 | Dewan Kenanga, Menara MBJB
 
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sr Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru.
 
Dalam ucaptama beliau, Datuk Bandar menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh warga kerja MBJB atas komitmen, profesionalisme serta semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam melaksanakan amanah, termasuk sokongan padu sepanjang Pilihan Raya Negeri Johor.
 
Beliau turut menekankan bahawa kejayaan MBJB adalah hasil usaha bersama seluruh warga kerja, di samping menggariskan keperluan untuk terus memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan, mempercepatkan agenda digitalisasi serta memastikan bandar raya sentiasa bersih, selamat dan berdaya huni.
 
Selain itu, beliau mengumumkan beberapa inisiatif penting termasuk penubuhan Unit Bandar Pintar bagi memperkasa agenda Smart City, pelaksanaan perpindahan pejabat secara terancang.
 
Majlis ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hala tuju organisasi serta menyuntik semangat kepada seluruh warga kerja untuk terus berkhidmat dengan integriti, amanah dan profesionalisme demi kesejahteraan Bandaraya Johor Bahru.
 
Image
Perhimpunan Bulanan
Image
Perhimpunan Bulanan
Image
Perhimpunan Bulanan
Image
Perhimpunan Bulanan