Langkau ke kandungan utama

Majlis Perhimpunan Awal Tahun 2026 MBJB Bersama Datuk Bandar Johor Bahru

13 Februari 2026 | Dewan Kenanga, Menara MBJB.
 
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Awal Tahun 2026 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd. Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru.
 
Dalam ucaptama beliau Datuk Bandar menzahirkan penghargaan atas pencapaian cemerlang MBJB sepanjang tahun 2025 termasuk pengiktirafan sebagai Leading Smart City, Anugerah Bandar Paling Bahagia 2025 serta pelbagai anugerah inovasi, sukan dan lain-lain di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
 
Beliau turut menegaskan bahawa pengiktirafan yang diterima bukan sekadar simbol kejayaan, tetapi amanah yang menuntut peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
 
Majlis ini turut memperkenalkan hala tuju baharu melalui Pelan Strategik MBJB 2026–2030 dengan visi:
'Johor Bahru Bandar Raya Bertaraf Antarabangsa, Berdaya Huni dan Berbudaya.'
 
Datuk Bandar turut menekankan akan kepentingan:
  • Integriti dan etika kerja
  • Tadbir urus yang telus
  • Pendigitalan dan penggunaan AI
  • Kerja berasaskan outcome dan rakyat
  • Pembangunan modal insan berterusan
     
Selaras dengan Tahun Melawat Johor 2026 dan pembangunan JS-SEZ, warga MBJB diseru untuk meningkatkan kecekapan, mempercepat proses kerja, menyelesaikan aduan dengan pantas dan menyeluruh, serta memastikan perkhidmatan yang benar-benar mesra rakyat dan pelabur.
 
Selain mendengar amanat Datuk Bandar, warga kerja MBJB turut melafazkan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Perkhidmatan Awam dan Ikrar Rahsia Rasmi.
 
Semoga tahun 2026 menjadi tahun yang lebih gemilang dan membawa keberkatan buat seluruh warga MBJB dan bandar raya Johor Bahru.
Image
Perjumpaan Awal Tahun 2026
Image
Perjumpaan Awal Tahun 2026
Image
Perjumpaan Awal Tahun 2026
Image
Perjumpaan Awal Tahun 2026