Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah (Kategori Lelaki) Kejohanan Piala Datuk Bandar Johor Bahru 2nd Win + Streak Volleyball International Invitational Championship Johor 2023

PIALA DATUK BANDAR JOHOR BAHRU 2nd WIN+ STREAK VOLLEYBALL INTERNATIONAL INVITATIONAL CHAMPIONSHIP JOHOR 2023 ARENA MBJB LARKIN,

25 Jun 2023 - Sekitar Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah (Kategori Lelaki) Kejohanan Piala Datuk Bandar Johor Bahru 2nd Win+ Streak Volleyball International Invitational Championship Johor 2023 yang disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru.Penganjuran edisi ke-2 oleh Persatuan Bola Tampar Amatur Negeri Johor ini telah berlangsung bermula 22 hingga 25 Jun 2023 di Arena MBJB Larkin. Ianya melibatkan 6 negara jemputan iaitu Taiwan, Kemboja, Thailand, Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Keputusan kejohanan (Kategori Lelaki):
Tempat Pertama: Majlis Bandaraya Shah Alam (Malaysia)
Tempat Kedua: Wai Li (Taiwan)
Tempat Ketiga: Win Streak (Taiwan)
 
Tahniah diucapkan kepada para atlit dan delegasi serta Johor Volleyball Association atas penganjuran bersama kejohanan antarabangsa ini. Terima kasih kepada Win+ Streak sebagai penaja kejohanan.
 
PIALA DATUK BANDAR JOHOR BAHRU

PIALA DATUK BANDAR JOHOR BAHRU