MAJLIS PELANTIKAN & ANGKAT SUMPAH DATUK BANDAR JOHOR BAHRU KE -12

20 November 2019 : Sekitar Majlis Pelantikan & Angkat Sumpah Datuk Bandar Johor Bahru Ke-12 yang disempurnakan oleh YAB Dato' Dr. Sahruddin bin Haji Jamal, Menteri Besar Johor, di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim petang tadi.

Turut bersama hadir adalah Yang Berhormat Dato' Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tuan Tan Cheng Choon, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri Johor, YB Cik Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta barisan Ahli-Ahli Majlis MBJB.