MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA MBJB DAN JKR NEGERI JOHOR

MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA MBJB DAN JKR NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 26 Februari 2020 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah diadakan di Dewan Inai Merah, MBJB pagi tadi bertujuan mewujudkan penyertaan dan pelaksanaan bersama dengan kos dan belanja masing-masing di atas jalan-jalan yang diselenggara oleh JKR di dalam kawasan pentadbiran MBJB.

Memorandum ini telah ditandatangani oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Adib Azhari bin Daud, Datuk Bandar Johor Bahru, dan Yang Berbahagia Ir. Haji Mohd Said bin Sidik, Pengarah JKR Negeri Johor.

Penyertaan dan pelaksanaan bersama yang dimaksudkan dalam MOU ini adalah bagi kerja-kerja pelupusan sisa pepejal dan pembersihan awam di jalan selenggaraan JKR, kerja-kerja pengambilalihan dan penyelenggaraan sistem pepasangan lampu jalan JKR oleh MBJB, kerja-kerja pengambilalihan dan penyelenggaraan sistem pepasangan lampu isyarat oleh MBJB, kerja-kerja pembaikan atau penyelenggaraan jalan dan perabot jalan oleh MBJB.

Pelaksanaan kerja-kerja ini adalah merupakan kerja-kerja pelengkap yang akan dilaksanakan oleh oleh MBJB di atas jalan-jalan selenggaraan JKR di dalam kawasan pentadbiran MBJB dan bergantung kepada keperluan dari semasa ke semasa. Ianya juga adalah merupakan tindakan yang dilaksanakan oleh MBJB bagi menangani peningkatan penerimaan aduan awam berkaitan kerosakan jalan, lampu jalan, lampu isyarat, perabot jalan dan lain-lain lagi yang melibatkan jalan-jalan JKR di dalam kawasan pentadbiran MBJB.

img

img