Majlis Iftar Bersama Datuk Bandar Johor Bahru dan Pemberian Sumbangan Kepada Asnaf

11 Mac 2025 | Masjid Tun Hussein Onn Larkin

Alhamdulillah, satu lagi malam yang penuh keberkatan iaitu Majlis Iftar bersama YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBJB, bukan sekadar merapatkan ukhuwah, tetapi juga menjadi platform menyebarkan kebaikan.

Turut berlangsung, penyampaian sumbangan kepada asnaf, penyerahan kunci van kepada Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh serta penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan Mengimbau Nostalgia Ramadan.

Inisiatif ini hasil usaha Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Yayasan Bandaraya Johor Bahru, demi memastikan Ramadan terus menjadi bulan penuh kasih sayang dan keberkatan.

Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Tuan Setiausaha MBJB, barisan Ahli-Ahli Majlis serta warga kerja MBJB.

Terima kasih kepada semua yang terlibat! Semoga segala usaha ini membawa manfaat dan rahmat buat kita semua. 

Majlis Iftar

Majlis Iftar

Majlis Iftar