Majlis Iftar Bersama Datuk Bandar Johor Bahru Dan Pemberian Sumbangan Kepada Asnaf

12 Mac 2025 | Surau Al-Maghfirah Taman Cempaka

Alhamdulillah, majlis iftar penuh keberkatan telah berlangsung di Surau Al-Maghfirah, Taman Cempaka bersama YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBJB, bukan sekadar merapatkan ukhuwah, tetapi juga menjadi platform menyebarkan kebaikan.

Anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Yayasan Bandaraya Johor Bahru, majlis ini bukan sekadar mengeratkan ukhuwah, tetapi juga menyemai kasih sayang melalui penyampaian sumbangan kepada asnaf.

Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Tuan Setiausaha MBJB, barisan Ahli-Ahli Majlis serta warga kerja MBJB.

Semoga usaha murni ini terus membawa rahmat dan kebaikan kepada semua. Terima kasih kepada semua yang telah bersama menjayakannya.

Majlis Iftar & Sumbangan Asnaf

Majlis Iftar & Sumbangan Asnaf

Majlis Iftar & Sumbangan Asnaf