MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL PEMANGKU SULTAN JOHOR DI DAERAH JOHOR BAHRU

05 Mac 2025 | Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn.

Majlis berbuka puasa yang penuh keberkatan telah diadakan di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn bersama DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Hadir menyempurnakan majlis ialah Menteri Besar Johor, barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Datuk Bandar dan Ahli-ahli Majlis serta Sonny Bill Williams, bekas pemain ragbi All Blacks New Zealand dan Peninju Heavyweight Profesional.

Semoga majlis ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim antara kepimpinan negeri dan rakyat. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan suasana.

Majlis Berbuka Puasa

Majlis Berbuka Puasa

Majlis Berbuka Puasa