Langkau ke kandungan utama

Majlis Bandaraya Johor Bahru Cipta Sejarah Nasional PBT Pertama Di Malaysia Capai Tahap 3: Leading Smart City

28 Oktober 2025 | Dewan Sri Siantan, Putrajaya
 
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melakar sejarah baharu buat negara apabila diiktiraf sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Malaysia mencapai Tahap 3 – Leading Smart City dalam Penarafan Bandar Pintar Malaysia.
Pengiktirafan berprestij ini mengiktiraf MBJB sebagai peneraju utama transformasi bandar pintar negara, hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang menumpukan kepada keberkesanan tadbir urus, kesejahteraan komuniti dan kemampanan bandar.
 
Penyampaian pengiktirafan ini telah disempurnakan sempena Majlis Hari Perancang Bandar Sedunia & National Planning Congress (NPC) 2025 di Putrajaya oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
 
Kejayaan ini membuktikan bahawa MBJB berada di barisan hadapan dalam pembangunan bandar pintar Malaysia, selaras dengan gagasan MAJU JOHOR di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, yang menekankan nilai inovasi, kecekapan dan kasih sayang dalam pentadbiran negeri.
 
Dengan pencapaian ini, MBJB terus komited menjadi perintis bandar pintar berdaya saing, inklusif dan lestari, seiring visi menjadikan Johor Bahru sebagai bandar metropolitan bertaraf dunia.
Image
Tahap 3: Leading Smart City
Image
Tahap 3: Leading Smart City
Image
Tahap 3: Leading Smart City
Image
Tahap 3: Leading Smart City