Langkau ke kandungan utama

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru

13 Oktober 2026 | Menara MBJB
Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah berlangsung di hadapan YB Dato’ Sr. Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, melibatkan tiga orang Ahli Majlis yang mewakili zon masing-masing, iaitu En. Hanujaran a/l Kandiah bagi Zon Teluk Danga, En. Bong Seng Heng bagi Zon Stulang dan Pn. Teow Chia Ling bagi Zon Setia Austin.
Majlis tersebut turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji A. Aziz bin Ahmad, Ketua WHIP MBJB; Encik Mohd Hafiz bin Aliman, Setiausaha MBJB dan Puan Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dalam mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan, memperkasakan kesejahteraan komuniti dan merealisasikan aspirasi menjadikan Johor Bahru sebuah bandar raya bertaraf antarabangsa, berdaya huni dan berbudaya.
 
Image
Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis
Image
Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis
Image
Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis
Image
Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis