22 Oktober 2025 | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Datuk Bandar Johor Bahru telah menghadiri Majlis Amanat Perdana Integriti Nasional (MAPIN) dan Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Majlis berprestij anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) ini menjadi platform penting dalam memperkukuh budaya integriti serta menyemarakkan semangat tatakelola dan antirasuah dalam perkhidmatan awam.
Penyertaan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam AIGA 2025 melambangkan komitmen berterusan terhadap prinsip Integriti, Tatakelola dan Antirasuah, seiring aspirasi Kerajaan Madani.