Langkau ke kandungan utama

Lawatan Validasi Akhir Penarafan Bandar Pintar Malaysia 2025 Tahap 3: Leading Smart City Oleh Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa ke Majlis Bandaraya Johor Bahru

15 Oktober 2025 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru

Seramai 4 orang pegawai dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) yang diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk TPr  Dr. Alias bin Rameli iaitu Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi sesi Lawatan Validasi Akhir Penarafan Bandar Pintar Malaysia 2025 Tahap 3: Leading Smart City.

Tahun ini sebanyak dua PBT telah mengemukakan permohonan Tahap 3: Leading Smart City termasuk Majlis Bandaraya Johor Bahru. Dalam sesi Lawatan ini, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa telah disambut oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru. Selepas sesi kunjungan hormat, Delegasi PLANMalaysia telah dibawa ke JBIOCC dan telah menerima taklimat dari Komander JBIOCC iaitu Yang Berusaha Ts. Gs. Ir. Dr. Choo Kok Wah.

Terima kasih diucapkan kepada Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa bersama delegasi PLANMalaysia diatas Sesi Validasi Akhir ini dan berkunjung ke MBJB. Semoga Majlis Bandaraya Johor Bahru berjaya memperoleh pengiktirafan Bandar Pintar Tahap 3 dan dengan pengiktirafan yang diberikan dapat meningkatkan komitmen pihak Majlis dalam memacu ke arah pembangunan bandar mampan dan pintar.
 
Image
Lawatan Validasi Akhir Penarafan Bandar Pintar Malaysia 2025
Image
Lawatan Validasi Akhir Penarafan Bandar Pintar Malaysia 2025