11 Julai 2025 | Menara MBJB
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berbesar hati telah menerima kunjungan lawatan teknikal daripada delegasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Negeri Melaka yang diketuai oleh Ir. Mohd Noh bin Sarip, Ketua Makmal Penyelidikan Elektrik, JKR Malaysia.
Lawatan yang melibatkan seramai 9 orang pegawai ini telah diadakan di Pusat Kawalan Operasi Bersepadu Johor Bahru (JBIOCC) dan bertujuan untuk memberikan pendedahan serta pemahaman komprehensif berkaitan pelaksanaan sistem pengurusan bandar pintar, inisiatif pemantauan trafik, aspek keselamatan bandar, serta penggunaan teknologi Internet of Things (IoT) oleh pihak MBJB.
Di samping itu, sesi lawatan turut membuka ruang perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik antara MBJB, JKR dan CREaTE (Centre for Research in Engineering and Technology) dalam memperkasa agenda transformasi bandar pintar dan pembangunan teknologi masa hadapan.
MBJB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak JKR Negeri Melaka mengadakan lawatan ini dan berharap jalinan kerjasama ini dapat diteruskan ke arah manfaat bersama.
Image

Image

Image
