Langkau ke kandungan utama

Lawatan Tapak Projek TPPM 2025 | Usaha Penyelenggaraan Berterusan Untuk Kesejahteraan Komuniti

29 Oktober 2025 | Kawasan Pentadbiran MBJB
 
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bersama Bahagian Penyelenggaraan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah melaksanakan lawatan tapak bagi Projek di bawah Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) Tahun 2025 di beberapa lokasi perumahan sekitar bandar raya Johor Bahru.
 
Lokasi Lawatan:
  •  Flat Cempaka Blok 11 – Kerja penggantian railing baharu demi keselamatan penduduk
  •  Pangsapuri Suria Muafakat – Penggantian lif untuk kemudahan komuniti
  •  Rumah Pangsa Enau 16 – Kerja pengecatan semula bagi memperindah persekitaran
  •  Rumah Pangsa Larkin Idaman Plot A – Pengecatan semula bagi menaik taraf imej kediaman
     
Komitmen berterusan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dan MBJB dalam memastikan perumahan awam sentiasa selamat, selesa dan indah dihuni. Bersama kita jayakan usaha menjadikan Johor Bahru sebagai Bandaraya Sejahtera dan Lestari.
Image
Lawatan Tapak Projek TPPM
Image
Lawatan Tapak Projek TPPM
Image
Lawatan Tapak Projek TPPM
Image
Lawatan Tapak Projek TPPM