Lawatan Sambil Belajar Ahli Majlis Daerah Kanowit, Sarawak Ke MBJB

Selasa , 04 Mac 2025 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru

Seramai 29 orang delegasi dari Majlis Daerah Kanowit yang diketuai oleh Yang Berbahagia Puan Jackline Bt August @ August Jahar, Pengerusi Majlis Daerah Kanowit hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Delegasi Majlis Daerah Kanowit yang merangkumi Ahli Majlis di setiap zon Majlis Daerah Kanowit telah diberikan taklimat korporat oleh En Harulisam bin Ismail, Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBJB dan seterusnya taklimat berkenaan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam oleh En. Ts. Mohd Faizal bin Hassan, Taklimat Pengurusan Kawasan Hijau dan Taman Awam oleh Puan Sharifah Roziah binti Syed Abdul Gaffar dan Taklimat berkenaan Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) oleh Puan Norasmah binti Tukiman.

Delegasi Majlis Daerah Kanowit juga berpeluang melawat ke Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC) dan telah diberikan pendedahan berkenaan fungsi JBIOCC oleh Co-Komander JBIOCC iaitu Encik Muhammad Amirul bin Muzapa

Terima kasih diucapkan kepada delegasi Majlis Daerah Kanowit kerana sudi mengadakan lawatan ini dan semoga perkongsian ilmu ini memberi jutaan manfaat buat kedua-dua buah pihak PBT.

LawatanLawatan

Lawatan