Lawatan Program USA-Asean Smart City Partnership (USASCP) Oleh US Department Of Transport (USDOT) Bersama Portland Bureau Of Transportation (PBOT) Ke Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC) Menara MBJB

Seramai 18 orang delegasi dari US Department of Transport (USDOT) bersama Portland Bureau of Transportation (PBOT), Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi melihat dan mempelajari pengurusan operasi Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC) di Tingkat 15 Menara.

Delegasi yang diketuai oleh Mr. Roshan Desai dari US Department of Transport (USDOT) telah diberikan penerangan secara terperinci dan jelas berkenaan operasi JBIOCC MBJB oleh Ts. Ir. Dr. Choo Kok Wah, Penolong Pengarah Pengangkutan Bandar, merangkap Komander JBIOCC MBJB.

Lawatan Program USA-ASEAN Smart City Partnership (USASCP) ini bertujuan untuk berkongsi idea dan pendapat berkaitan teknologi terkini yang diaplikasi oleh MBJB dalam pengurusan bandar raya, alam sekitar, saliran, keselamatan dan pengangkutan ke arah ‘Smart City’, selari dengan hala tuju program ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat kerana sudi mengadakan lawatan ini, dalam berkongsi maklumat dan ilmu demi manfaat kepada pembangunan bandar raya Johor Bahru ke arah bandar raya bertaraf antarabangsa, berbudaya dan lestari.

JBIOCC

JBIOCC

jbiocc