Lawatan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Ke MBJB

Khamis, 11 Januari 2025 | YB Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, hadir ke Menara MBJB ini bagi mendapatkan taklimat berkaitan pengurusan aduan awam di MBJB dalam usaha pengwujudan Sistem Aduan Awam Bersepadu Negeri Johor.

Kerajaan Negeri melihat pembangunan Sistem Aduan Bersepadu adalah inisiatif penting dalam meningkatkan interaksi antara rakyat dan pihak berkuasa. Sistem ini bertujuan untuk memudahkan rakyat menyampaikan maklumat, aduan, dan cadangan kepada Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan dengan lebih sistematik dan efisien.

YB Dato' Mohd Jafni turut diberikan penerangan berkaitan Urban Observatory Experience Centre@GeoJB.

Turut hadir ialah YB Dato Hafiz Datuk Bandar Johor Bahru, Y.Bhg. Dato' A. Aziz bin Ahmad, Ketua Whip Ahli Majlis, ahli-ahli majlis MBJB, Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Setiausaha MBJB, SUB Kerajaan Tempatan, Encik Clement Wong Chen Siong Pengarah Bahagian Pengaduan Awam Negeri Johor, Encik Muhammad Ammar Akmal Ketua Unit Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Encik Kamarul Ehsan Esa Setiausaha Sulit YAB Menteri Besar Johor, wakil Bahagian ICT Kerajaan Negeri Johor, Ketua-Ketua Jabatan MBJB serta wakil-wakil agensi kerajaan.

Lawatan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Lawatan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Lawatan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan